Rss Feed
Post ini mungkin agak kontroversi, but this is a personal opinion and this is a free world, so you don’t have any right to stop me from expressing it, as long as it’s permissible in Islam. Diilhamkan oleh salah satu post oleh Inche Gabbana (Kenapa Tak Ramai Ikhwah Yang Hensem).  Jadi, seperti beliau juga ingin saya tekankan di sini BACA DAHULU post ini sehinggalah ke bahagian comment sebelum anda mula menyelar saya atau menekan butang pangkah di atas.


The thing struck after I watched Kemuncak Ustazah Pilihan at Astro Oasis. No. I’m not a frequent subscriber to that show. This is the first time  I watched it, and ironically it’s the last for this season. And I got to say yes, maybe there ARE benefits that it can give to the public in terms of general religious knowledge, but I see that the emphasis is more to the women (or ustazahs) as a person, which
is sss-lightly bad in my opinion. Honestly, I found myself most of the time judging the their looks and appearance, not what they are trying to tell. (lol) . Yeah , I know, my bad.

Tapi , itu topik yang lain. Saya bercakap atas perspektif seorang lelaki, yang mana sejujurnya saya dapat kata dalam kapasiti ini, tiada daripada mereka yang mempunyai paras rupa yang betul-betul boleh mencairkan seorang lelaki. Bukan yang biasa-biasa, tapi rupa yang orang kata ‘tak boleh tahan’. *okay,I’m very straightforward here* .  Mungkin ada yang akan kata bahawa kecantikan itu terletak pada mata yang melihatnya  (beauty lies in the eyes of the beholder) atau kecantikan sebenar  terletak pada dalaman. True enough. And even if you ask me what is a beautiful person to me, it would take pages to properly  convey it. But, let us talk on a common ground now. Kecantikan fizikal atau kecantikan luaran. Pandang pertama.



Kenapa TAK RAMAI  ustaz atau ustazah yang hensem atau cantik?

Kenapa JARANG BENAR kita lihat orang yang bergiat dalam jalan dakwah ini mempunyai rupa paras seperti Brad Pitt atau Lisa Surihani? (erk. =.= )

Kenapa AGAK SUKAR kita jumpa  seorang muslim dan muslimah yang SOLEH dan SOLEHAH yang punya pakej lengkap termasuk rupa paras yang cantik dan kacak?



1. Godaan berpasangan
Semestinya. Orang yang mempunyai rupa paras yang jelita dan cantik sudah tentu akan menjadi perhatian ramai lelaki. Akan ramailah orang yang akan cuba menyunting bunga yang mekar dan subur di taman tanpa kebenaran tuannya. Dan lebih-lebih lagi apabila berada di zaman remaja, badai emosi dan perasaan akan menghempas-hempas batu keimanan yang sekian lama dibina. Di peringkat inilah ramai antara golongan  ini akan tumpas kerana tarikan jantina lawan  dan keinginan untuk disayangi dan menyayangi. Yang dewasa juga tidak terlepas daripada perkara ini kerana terlalu banyak pilihan segar yang dibentangkan di hadapan mereka.

[kredit]


2. Fitrah dunia
The world had defined how we view things. Banyak fesyen kecantikan atau pakaian yang target groupnya adalah wanita-wanita yang mempunyai bentuk tubuh yang menarik dan rupa paras yang cantik. Amat mudah bagi mereka untuk mendapat akses kepada pakaian yang menggiurkan dan tidak mengikut syariat Islam kerana ianya ada di mana-mana dan menjadi central of focus kepada mana-mana kedai dan butik. Ramai antara wanita atau muslimah yang kadang-kadang tertipu dgn gelaran ‘fesyen muslimah’ yang sebenarnya hanya mempunyai daya tarikan dan prinsip yang sama sahaja dengan fesyen  yang lain.

[kredit]

3. Orang yang solehah sukar benar dilihat cantik
This will gonna hurt. Saya tahu ramai yang tidak akan bersetuju dengan inferens ini. Bak kata ayat cliché’ : “Kecantikanku hanya untuk suamiku”. But it’s common sense. *agak berat untuk menulis ayat ini*.  BIASANYA, orang yang betul-betul faham apa tujuan kehidupannya dan fitrah penciptaannya sebagai seorang wanita akan sedar bahawa kelihatan cantik dan menjadi tarikan mana-mana lelaki bukanlah sesuatu yang menjadi matlamat utama dan bukanlah sesuatu yang disukai oleh Sang  Pencipta dirinya. Malah ianya kadang-kadang menjadi halangan pada diri wanita tersebut untuk mendekatkan diri kepada Tuhan-Nya. Dia tahu bahawa kecantikan dan tarikan yang ada pada dirinya bukanlah untuk tatapan ramai dan diratah oleh mata-mata yang  sentiasa menunggu peluang. I’m not generalising that beautiful women are bad and to be a good muslim you must look not attractive as possible. It all depends on your intention. Niat.
[kredit]




NIKMAT YANG JUGA UJIAN
Inilah yang jarang disedari oleh kita semua.  Seorang sahabat pernah bertanya , apa kaitan akidah dengan isu couple? Akidah bukan sahaja mempercayai dengan teguh bahawa Allah itu Tuhan kita dan kita seharusnya melakukan suruhan dan meninggalkan larangan, malah menyedari bahawa segala kebaikan yang dikurniakan juga boleh jadi satu ujian kepada kita. Perasaan cinta itu suatu yang dikurniakan untuk menguji sejauh mana kita masih mengikut syariatnya. Kejelitaan dan tarikan yang diberikan itu datang dari-Nya dan boleh diambil bila-bila masa sahaja.

Kecantikan dan rupa paras yang menarik itu satu ujian.
Menjadi tarikan dan digilai ramai itu satu ujian.
Hidup satu ujian.

Setiap orang mempunyai ujiannya masing-masing. Ada kisah hidup tersendiri. Ada weakspots masing-masing. Dan orang yang cantik dan mempunyai rupa paras yang menarik, 3 inilah titik lemah mereka. Ujian yang mana jika mereka dapat menghadapinya, jalan menuju syurga akan menjadi jauh lebih mudah. Halangan-halangan lain akan kelihatan kecil sahaja.
Sejujurnya, kadang-kadang tidak dinafikan hati ini kecewa jika melihat seseorang yang mempunyai rupa paras yang cantik dan jelita tetapi kurang mempraktikkan agama. Kerana jika dia bersabar sedikit sahaja lagi, sudah tentu dia akan menjadi RARE JEWEL yang sukar ditemui. Seindah hiasan.


BAGAIMANA DENGAN LELAKI?

Lelaki juga tertakluk kepada 3 point di atas tetapi mungkin tidak begitu signifikan. Mungkin apa yang saya perkatakan di atas agak chauvinis dan gender-biased but as I said, setiap orang akan berhadapan dengan bentuk-bentuk ujian yang sesuai dengan keadaan masing-masing. Pandai dalam pelajaran, hensem, cantik, popular, pandai dalam mana-mana bidang, berilmu pengetahuan luas dalam bidang agama , semuanya boleh menjadi ujian kepada anda .

Untuk menguji serendah mana kita tunduk di saat Dia meninggikan darjat kita di kalangan manusia.

Secepat mana kita berpaling di saat Dia membentangkan syurga dunia di hadapan kita.

Sekuat mana diri kita untuk  mengatakan tidak kepada kehendak kita untuk kehendak Dia.


[kredit]







No comments:

Post a Comment

ARTICLE SHARING AND REPOST
To repost articles, please link back to tajdidweneed.com. If articles are to be edited for publishing, please contact us.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...