Rss Feed
[Nota 1: Entri ini dikhususkan untuk adik-adik lepasan SPM. Tetapi banyak point-point yang boleh dihadam dan di'relate' kepada sesiapa sahaja yang berkenaan]
[Nota 2 : Lepasan SPM ini juga dikhususkan lagi kepada bekas-bekas pelajar Kolej Kelang (atau KKJ) atau sesiapa sahaja yang telah menerima mutiara . Mungkin ada beberapa perkara yang sukar difahami oleh orang yang berada di luar lingkungan ini. But rest assured, banyak yang boleh difikirkan]


Gembira. Lega. Puas. Berdebar. Tak terkata dan terbilang perkataan yang boleh menggambarkan perasaan ketika ini. Well, selepas 10,11 tahun bergelumang dalam zaman persekolahan yang banyak memerlukan kesabaran dan ketabahan, akhirnya adik-adik berjaya mengharunginya. Jika adik-adik lihat balik, dulu pernah tak adik-adik terasa “bilalah nak abes zaman sekolah ni? “ , atau “lambatnye jadi  orang dewasa! “ , atau “weh , x sabar weh nak kawen!!” :p . Dan sekarang, here you are, relieved and not knowing what to do for the next 5 months (minus 3 for PLKN-nians . hehs) . It’s a part of a bigger plan.

Ok , sekarang saya tak ingin bercakap pasal cara mengisi masa dengan baik atau cara memanfaatkan masa dengan sepenuhnya, yada yada becoz  I know that anda semua tak kan ikut pun. *talking based on experience* . You know, the “takpe,sehari lagi, esok aku start ___________” syndrome.
But , I’m going to rant on a not-so-important but pretty much damaging topic to post-spmmers. Soal hati dan perasaan.  Jeng jeng jeng. *it’s tajdidweneed okay, of course la tema kene same* . Sesiapa yang tak paham sila ignore.


ADOII, PASAL NI LAGI!!

Kenapa soal hati dan perasaan?
Sebab benda ni lah yang adik-adik akan banyak lalui sepanjang cuti yang panjang ini. Benda ni lah yang jika tidak diurus dengan baik, akan memberi kesan yang besar kepada diri anda semua khususnya “Raja” tubuh anda iaitu hati. Benda ni lah yang walaupun orang kata hanya satu mainan perasaan yang sementara, tapi banyak memfuturkan orang di jalan dakwah, menggelincirkan daie yang berjiwa tabah, dan meruntuhkan maruah yang selama ini penuh dengan izzah.


Adik-adik sekalian,
Apa yang saya cakapkan ini adalah based on my experience. I don’t want you to repeat the mistakes that I’d done. I believe that what happened to me was in His plan , that He made it happen to me so that I can give lessons to other. So that, what happened to me is a reminder to everyone. Here’s the thing. Memang, di zaman persekolahan kita tidak akan terlepas daripada meminati seseorang.  Dan, biasalah, jiwa remaja kadang-kadang membuatkan kita terfikir bahawa dia adalah orang yang kita cari-cari selama ini. Everything seems so perfect about him/her. *Bisikan Nurani-Inteam bermain di telinga*. Jadi, apabila saat ini tiba, kita sedar bahawa kita mungkin akan terpisah dengannya untuk jangka masa yang lama atau mungkin terpisah terus. 

Pada detik ini, bagi yang telah menerima mutiara-mutiara di Kolej Kampung Jawa yang banyak memberi pendedahan kepada anda tentang isu menggelepar perkahwinan dan sebagainya,  anda rasa anda perlu melakukan sesuatu untuk memastikan bunga yang lama dipuja tidak disambar orang tetapi secara halal. Inilah yang membezakan anda dengan orang lain , dan inilah yang menyebabkan bekas-bekas pelajar KKJ terkenal dengan  pelajar yang suka membincangkan isu perkahwinan dan rumah tangga.  Sebagai remaja ,  anda juga ada perasaan ingin mempunyai teman istimewa , tetapi apa yang membezakan adalah anda ingin mempunyai teman istimewa TETAPI berlandaskan syariat Islam. And that’s how menggelepar came about. Hehs.

Selepas itu, ada antara kita yang memberanikan diri menyapa  ‘orang itu’.  Berbual-bual sehingga pagi. Komen-mengomen. Beramah mesra. Sampailah sesuatu ketika adik merasakan perlu untuk adik mengambil langkah yang seterusnya.


SALAHKAH?
Ada dua isu di sini. Pertama, Perlu atau Tidak Menyatakan Hasrat Hati?
Kedua,  is she/he really the right choice?

Isu pertama, Perlu atau Tidak Menyatakan Hasrat Hati

Okay. Mesti adik-adik sudah terdedah dengan fenomena “cop-mengecop” yang kerap kali menjadi topik perbualan ketika di sekolah dahulu.  Budaya mem’booking’  wanita yang dirasakan solehah dan mampu menjadi sayap kiri bagi diri hingga ke akhir hayat. Dan budaya ini biasanya amat terkenal dalam kalangan lepasan sekolah agama. Masalahnya , perlukah?

Dalam setiap perkara yang kita lakukan,  kita mahu mencapai sesuatu. Kita belajar sebab…., kita makan sebab…., kita buat itu sebab…, . And secondly, as a Muslim,  setiap sesuatu yang kita ingin capai  itu semestinyalah berada dalam lingkungan batasan yang telah ditetapkanNya. Begitulah juga dalam bermain dengan soal hati ini. Tanya diri adik apa yang ingin aku capai apabila aku cuba menyatakan hasrat hati kepadanya? What is it that I want to achieve by confessing to her? What do I want?  Macam mana aku tahu bahawa apa yang aku ingin buat ini adalah berlandaskan hasrat yang betul dan bukan sekadar dorongan nafsu yang ingin mengajak kearah perhubungan yang tidak diberkati?  . Nasihat saya adalah, jika adik merasakan gerbang perkahwinan itu masih lagi jauh disebabkan beberapa halangan (ibubapa, umur, pengajian, ekonomi dsb) , maka lupakan sahaja hasrat tersebut. Bukan untuk menekan dan menyekat fitrah manusia , tetapi meneruskan kehendak hati akan menyebabkan adik-adik cenderung untuk berada  dalam perhubungan yang tidak halal dan akhirnya memberi kesan kepada hati untuk jangka masa yang lama. Tapi jika adik berada dalam keadaan yang amat mengizinkan untuk membina masjid, maka mungkin anda boleh meneruskan hasrat anda, itu pun dengan cara yang betul, bukan meruntuhkan taraf dan kehormatan dia dengan hanya melalui “chat” di FB cthnye. Dan adik-adik harus mengambil kira isu yang kedua iaitu…..



Is He/She the Right Choice?

Ok now, she got all the thing that you want for in a wife. Dia ada agama, akhlak yang baik, latar belakang yang baik, rupa yang tampak sempurna di mata adik. Kata orang, memang package lahhh!  Cuba adik ingat balik, pernah tak dulu masa sekolah rendah, adik pernah minat pada seseorang ni. Seterusnya, naik sekolah menengah , adik ter’jatuh hati’ lagi dengan seorang yang lain. Apabila adik berpindah ke sekolah baru, terjumpa lagi dengan seorang yang lebih baik. Pergi ke tempat lain, ada lagi yang lebih baik dan lebih sesuai rasanya dijadikan peneman hidup. Nampak tak? It goes on and on. How can you be sure that this thing will not happen again? How can you be sure that these feeling is not temporary and only the feeling that is amplified by the nafs? . Trust me, as you go on in life, you will find  a lot of people that will leave marks on your heart, that will change you heart.


THINK AGAIN
Adakah adik nak korbankan individu Muslim dalam diri yang sekian lama adik telah bina sebelum ini kerana dia yang belum tentu menjadi kepunyaan?

Adakah adik mahu mencemarkan sejarah adik dan dia yang sekian lama dijaga dan ditatang daripada terkena tompok hitam ?

Adakah berbaloi  me’rosak’kan hati seorang  muslimah/muslim yang berpotensi besar menjadi pembela agama nanti dek nafsu yang bergelora di dalam jiwa?

Adakah adik mahu mencuri “kenangan terhalal”  yang ingin disimpan untuk suami atau isteri sahaja hanya kerana keinginan sementara yang  menjenguk seketika?




IT’S YOUR CHOICE
Saya tidak suka berkata tentang apa  yang kena buat, apa yang tak boleh . Saya tiada autoriti dalam menentukan sesuatu itu betul atau salah. Dan apa yang diperkatakan dia atas hanyalah gubahan daripada pengalaman sebagai sesuatu untuk adik-adik berfikir.There is no white and black in this kind of issue. Carilah orang yang alim dan lebih dipercayai jika anda benar-benar ingin mengetahui kebenaran. Jangan pula menuntut di akhirat nanti.


Terakhir, tahniah kerana berjaya mengharungi SALAH SATU peperiksaan yang merupakan salah satu daripada turning point adik2. Salah satu, bukan segala-galanya. Trust me. Selepas ini akan ada masa yang adik akan fikir bahawa SPM is nothing. Nothing at all. Banyak lagi yang harus ditempuhi.Gunakanlah masa dengan perkara2 yang bermanfaat. Learn some useful things.


Air yang tidak bergerak akan rosak, begitulah pemuda yang statik juga akan rosak
-Imam Ghazali-

Wallahu’alam. Segala-galanya datang dari dia.



I never REGRET that it happened,
I don't consider it as a MISTAKE,but rather
a COMPLICATION in life.
Something that He sends to make me learn from it,
and so that others may benefits from it.

No comments:

Post a Comment

ARTICLE SHARING AND REPOST
To repost articles, please link back to tajdidweneed.com. If articles are to be edited for publishing, please contact us.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...