Rss Feed
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Pembaharuan.

Penulis yakin dan percaya anda semua pernah melalui salah satu atau lebih daripada situasi berikut:


 SITUASI 1
Di Laman Sosial seperti FB, :

      - Seseorang mengepost gambar menunjukkannya bersama pasangannya tanpa ikatan perkahwinan yang sah keluar "dating" dan menayang posing2 mesra mereka berdua. Di bawahnya, sekumpulan manusia sibuk menulis komen memuji-muji " sweetness" pasangan tersebut.: bagai pinang dibelah dua..,waa..sweetnye, semoga berbahagia la..haha,. Bangga menyelubungi.

      - Status ditulis. Berkisar tentang dirinya yang baru putus cinta. Di bawahnya juga sekumpulan manusia memberi kata-kata semangat. Kononnya, kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum."Open up urself,there will be other person that will care for you better than him."

      - Gambar lagi. Namun yang berbezanya kali ini bukan berdua. Segenap daerah tubuh yang menggiurkan ditayang tanpa rasa malu, bertudung,tidak bertudung, apa sahaja. Pelbagai kata berbaur kekaguman dan pujian berselirat di ruangan komentar.




SITUASI 2


       - Di IPT seluruh negara, seorang siswa mahupun siswi yang tidak mempunyai pasangan kekasih yang intim dianggap tidak laku atau tidak market.Lantas disisih dan dipandang enteng akibat tidak mempunyai kehidupan sosial yang baik.Sebaliknya, mereka yang kerap bertukar pasangan ibarat menukar pakaian dijulang, hot,popular girl,famous guy, dan menjadi bualan serata warga kolej.

       - Ketika keluar ke bandar, anda ditegur oleh seseorang. "Eyh, jalan2 sorang je ke? Tak bawak awek? Hehe"." Yeke takde, muka cam nie takkan tak de kot.Haha."



Dan banyak lagi contoh-contoh yang sama dilalui oleh kita semua.Apakah ini?

Tu diaaaaa
Inilah normalisasi. Normalisasi maksiat dan fahsya. Tidak perlu diterangkan lagi mengenai dalil tentang berpasangan tanpa ikatan yang sah kerna ianya bersepah di mana sahaja,web mahupun tinta bicara. Sudah terang lagi bersuluh apabila Al-Isra 32 sering kali dilaung-laungkan, kalimah "wala taqrobu" acapkali dihebahkan.Namun, inilah bahananya,apabila perkara keji dibiasakan, yang haram dihalalkan, yang syariat dijadikan sesuatu yang terasing.Pelik.Skema.Weirdo.Noob.Freak.

Cuba bayangkan, hanya dengan satu komen anda, perasaan bangga menyelubungi pasangan tersebut dan terdorong untuk terus melakukannya kerana mendapat restu orang ramai.Manakala,yang masih belum terjebak, iri hati dan menginginkan respon yang sama. Maka, hari ini kita lihat meningkatnya couples berpegangan tangan di mall2, berkhalwat di taman2 dan sebagainya.




Lilin di Tepi Pantai
Lagi menyedihkan apabila golongan yang mungkin lebih terdidik dalam bidang agama atau dalam kata senangnya lepasan sekolah agama hanya menjadi pak turut dan turut serta memberi sokongan dalam mempromosi norma masyarakat ini. Dengan hanya memuji "sweetness" pasangan tersebut,dengan hanya mengagumi "kecantikan" gambar bukan muhrim,dengan hanya menanyakan seseorang tentang status single atau tidaknya sudah cukup untuk memberikan budaya ini satu boost atau push dalam menjadikannya satu kemestian dalam kehidupan remaja.

Mengapa jadi begini? Kerana ianya sudah menjadi satu adat. Melawannya ibarat menongkah arus, ibarat lilin di tepi pantai,begitu sukar untuk mengekalkan sinar Islam di tengah-tengah angin kemaksiatan yang bila-bila masa sahaja dapat memadamkannya.

So what?

We Need A Revolution
Itu sahaja penyelesaiannya.Satu kebangkitan remaja muslim yang sedar,tahu,dan faham.Satu revolusi menentang normalisasi. Dan ini takkan berjaya tanpa jemaah. Untuk membina satu budaya Islam, memerlukan pengorbanan yang besar dan komitmen daripada golongan ini.Jadi apa?
A thousand miles journey start with a single step. Tidak perlu dihuraikan lagi. Langkah yang kita boleh ambil adalah :


  1. Berhenti memuji/mengomen/ perbuatan ini.
  2. Berhenti bertanya mengenai perkara ini.
  3. Jadikan couple satu perkara yang asing dengan memandang sinis mahupun memberikan reaksi yang 'demotivating'.
  4. Jadikan perkahwinan dan ikatan yang sah satu aspirasi ataupun the things that matters dalam dunia remaja.(jom cakap pasal kawen,haha).

    REMEMBER !
    WE NEED TO REVOLT AND IT REQUIRES ALL OF US TO MAKE IT SUCCEED.

    Join the revolution.Yes,we can!                   

3 comments:

  1. Assalamualaikum.. I love this post ! ^^ .. I think you should do vlogging too.. because not all of the people would love to read articles like we did.. don waste the BEST PART ^^

    I've been searching for a blogger that have the same way of thinking as I did.. and here I am~ nice!~

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Terima kasih for ur support....vlog is one of my future plans , but still, i prefer writing than speaking in front of the camera..

    but anyway,thanks for spending ur time to read the article..and make sure spread it...cause we need a large base to change something...

    ReplyDelete

ARTICLE SHARING AND REPOST
To repost articles, please link back to tajdidweneed.com. If articles are to be edited for publishing, please contact us.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...