Rss Feed
Marah.Sedih.Kecewa.Keliru.Terpanggil.
Perasaan bercampur baur seusai menatap berita kematian Osama Bin Laden.
Sedih apabila melihat salah seorang saudara terbunuh,marah melihat reaksi pemimpin-pemimpin dunia,keliru apabila menerima pelbagai maklumat di FB mengatakan kematian Osama itu palsu dan pelbagai teori konspirasi, dan yang paling penting kecewa dengan sikap segelintir daripada umat Islam. Maka hari ini, saya terpanggil untuk men'express'kan pandangan saya berkenaan isu ini. To tell you the truth , what hurts me the most was seeing how certain groups of Muslims mourned his death and elevate his level as a martyr or a mujahid. Maybe this will sound controversial , tapi kata saya : that's a BIG MISTAKE. Why?





OSAMA ITU 3?
Hm.Ok, sebelum saya meneruskan bicara mengenai mengapa saya katakan itu adalah satu kesilapan, mari kita lihat keadaan dunia sekarang ini. Kita hidup di zaman yang begitu mengelirukan.Pelbagai teori konspirasi,itu illuminati,itu freemason, betulkah tokoh ini dajal kecil/antichrist, dan banyak lagi perkara2 bersifat sebegini membelenggu ummat Islam. Media. Itulah puncanya. Kita sekarang sudah tidak tahu yang mana harus dipercayai lagi,kerana itulah sifat dunia akhir zaman di mana begitu banyak fitnah berleluasa.Sehinggakan Osama Bin Laden sendiri pun mempunyai 3 versi teori konspirasi yang berbeza.Mari kita lihat.


TEORI 1 : Osama adalah agen CIA sebenarnya yang telah dilatih oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutunya ketika perang Soviet-Afghanistan.Ketika ini,ketegangan antara blok komunis dan blok kapitalis dunia amat meruncing dan untuk menahan kemaraan Soviet Union, pihak kapitalis telah membekalkan senjata,sumber kewangan dan latihan kepada pihak mujahidin Afghanistan bagi melaksanakan agenda mereka ini.Tatkala inilah munculnya agen CIA iaitu Tim Osman yang dikatakan sebagai Osama bin Laden.Dan melalui agen inilah Amerika Syarikat merancang pengeboman 9/11 ke Pusat Dagangan Dunia untuk mencari alasan melancarkan perang terhadap negara-negara Islam.

TEORI 2 : Osama Bin Laden adalah satu watak yang rekaan yang dicipta oleh Barat khususnya Amerika Syarikat sebagai satu alasan untuk memulakan Perang Salib.Osama bin Laden tidak wujud sebenarnya.Dan mengikut teori ini, Amerika Syarikat mengadakan berita tentang kematian Osama kerana watak Osama itu tidak mempunyai kepentingan lagi kepada AS dalam agenda Perang Salibnya.Oleh itu, penyokong teori ini berkata,pada masa hadapan akan keluar satu lagi watak baru yang akan dicipta untuk mengalih fokus AS ke negara Islam yang lain pula.In simpler terms,untuk watak baru dicipta,watak yang lama harus dihapuskan.Dan inilah punca kepada tersebarnya berita tentang kepalsuan gambar Osama bin Laden yang telah mati yang dikatakan telah di'photoshopped'.

TEORI 3 : Bin Laden sebenarnya wujud dan merupakan pemimpin tertinggi bagi rangkaian pengganas yang terbesar di dunia iaitu al-Qaeda.Beliaulah yang merancang atau menjadi mastermind kepada banyak serangan-serangan keganasan yang berlaku di dunia.



KELUAR MULUT HARIMAU,MASUK KE MULUT BUAYA




Jika kita lihat realiti semasa, nampak gayanya Teori ke-3 adalah teori yang secara rasminya diterima oleh penduduk dunia.Teori yang digembar-gemburkan oleh media-media barat.Teori yang banyak dijaja dan diperjuangkan oleh CNN,BBC,Fox,Al-Jazeera dan kesemua kroni-kroni yang sama waktu dengannya.Dan sebenarnya, inilah teori yang telah diterima pakai dan tersemadi dalam fikiran majoriti penduduk di dunia.This is my main point. Dengan memuliakan Osama bin Laden dan mengatakan beliau adalah seorang yang syahid dan pejuang agama, kita dengan secara tidak langsung MENGAKUI bahawa KEGANASAN/TERRORISM yang telah dibawa dan dijaja oleh al-Qaeda di bawah pimpinan Osama bin Laden adalah sesuatu yang mulia dalam Islam. Ibarat mengantuk disorongkan bantal bagi musuh2 Islam. Maka benarlah apa yang cuba diprovokasi oleh mereka bahawa Islam ini agama keganasan,Islam ini menuntut umatnya memerangi orang kafir,Islam fanatik,Islam extreme, dan pelbagai tohmahan tanpa ilmu yang dilontarkan oleh golongan yang cuba membutakan mata tentang ajaran Islam yang sebenar.And again,they succeed in making us to tarnish the image of our religion by our own hands.



THE REALITY IS REALLY HARD TO SWALLOW
Betul, mungkin anda tidak bersetuju dengan saya.Maybe you can say it's a propaganda of the West.We did not know if Osama even exist in the first place. See,that's why I said just now, we are living in the valley of uncertainities,the world of endless confusion. Itu propaganda,itu freemason,itu agenda Yahudi. Tapi sedar atau tidak, pemikiran seperti ini begitu cliche dalam kalangan ummat Islam itu sendiri. In simpler words, GELABAH. Mudah terjentik dengan sedikit provokasi menjadikan kita tidak bersifat rasional dalam mempertimbangkan sesuatu perkara.



SO WHAT?
Bagi saya, apa yang terpenting pada waktu ini adalah bukan mengkaji dan sibuk membahaskan teori-teori tersebut dan bukan juga menentukan taraf Osama bin Laden itu sendiri tetapi tugas utama kita adalah memulihkan kembali imej agama kita.So, the conclusion is, if someone asks me what do you think about the death of Osama? I will answer :


Well,first of all,we didnt know about the status of Osama's existence and death in the first place,and in fact no one knows because there are too many theories.But,one thing I am sure,if Osama bin Laden are really involved in terrorism,I would say that is really wrong and he is alone in his fight because that's not what Islam taught us.But as a Muslim, I will pray for God's forgiveness to him because no matter how bad he is (because of the terrorism act), he is still my brother in religion.

So long and see you in the next post.

4 comments:

  1. jawapan sama dengan tok guru

    ReplyDelete
  2. bagi aku, ape yang sudah, ambil iktibar, kita bukan kena fikir lagi dah kematian dia tu, kita kena fikir masa depan umat.. just my opinion la.. hehe

    ReplyDelete
  3. "orang yang tidak berilmu tu mudah tertipu.." so, banyakkanlah baca artikel dan bahan bacaan yang berilmiah ^^

    ReplyDelete
  4. betul sabri, and that's my point throughout the my post.

    @khadijah1003 : setuju dengan anda

    and yup, tok guru's answer inspire me.

    ReplyDelete

ARTICLE SHARING AND REPOST
To repost articles, please link back to tajdidweneed.com. If articles are to be edited for publishing, please contact us.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...