Letih. Lesu.
Sangat letih menjawab pelbagai persoalan yang menerjah ketenangan dan menerkam jiwa.
Tidak sangka bahawa alam virtual juga boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan sebenar. Dan blog ini telah mengharu-birukan hidup semenjak dua menjak ini. Niat sebenar memang tak mahu menulis entri ini, tapi, there is a line that need to be drawn.
Post ini , ini , dan ini telah memberikan penulis pelbagai label. Angau,menggelepar, poyo. Ramai yang bersetuju , manakala ramai juga yang memberikan respons yang agak tidak menggalakkan.
MADNESS
Yang lebih mengejutkan, banyak mesej-mesej yang mula hinggap di handset bertanyakan tentang isu ini. Seriously, memang tidak disangka! Sampai ada yang tanya , " Am I the right person? " untuk mendapatkan kepastian. Memang
Dalam hati, apa dah jadi ni?
Naluri tergerak untuk mengorek lebih dalam. Rupa-rupanya ada yang mula mengaitkan penulis dengan beberapa personaliti berlawanan gender , tidak kira ketika zaman sekolah dulu mahupun selepasnya. Thanks to SS FB iaitu skuad ..... pimpinan ... go
figure. Setelah beberapa perbualan dengan "informer" yang sungguh berdedikasi, akhirnya, everything makes perfect sense. Ramai jugak yang digossipkan dengan penulis sampai ada beberapa teori konspirasi yang dibuktikan melalui pemerhatian yang tajam dan penyiasatan empirikal di laman-laman sosial dan youtube. LOL.
Sedikit
Tidak kurang juga yang memberi nasihat supaya tidak terlalu leka dengan soal hati dan perasaan ini kerana masih banyak tugas yang perlu dilakukan. Banyak lagi amanah yang harus ditunaikan. Bertimbun lagi kerja yang harus disiapkan.
Belum sampai masa lagi, kata mereka.
Jadi,pertama sekali, nak kemukakan satu petikan kata-kata Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) dalam Forum Baitul Muslim di UTP . Boleh tengok di Youtube kalau nak.
Dengan segala kepincangan sosial yg berlaku di negara barat,ade satu perkara yang saya cemburui, iaitu masyarakat terutama dari kalangan misionari kristian, mereka menyeru manusia ke jalan mereka bilughatil hubb. Ad-Dakwah Bilughatil Hubb. Mengajak masyarakat ke arah agama, dengan bahasa cinta. The Language of Love.
Contoh paling mudah , ada seorang ateis berkata "I don't believe in god".
Apa yang misionari Kristian jawab?
"It's okay if you don't believe in god , but you just have to remember that god always believe in you."
Begitu juga dengan kenyataan Mother Teresa , pemenang Nobel Prize yang juga merupakan seorang misionari kristian. Apabila ditanya, bagaimanakah cara untuk menyelesaikan semua masalah di dunia ini, dia menjawab , " GO HOME and LOVE YOUR FAMILY " .
See? Very soothing. Tenang je kalau dengar.
Bahasa itu bahasa memujuk.
Bahasa itu bahasa yang menjinakkan manusia.
Mempromosikan agama dengan Bahasa Cinta. - Ustaz Hasrizal
Tahu kenapa Terfaktab terkenal?
Tahu kenapa Iluvislam dapat sambutan hangat?
Tahu kenapa Ustaz Hasrizal kerap dapat jemputan ceramah di IPTA/IPTS?
Dr. Cinta Blog , ade yang tak tahu?
Atau contoh paling mudah, cuba tengok di blog anda sendiri. Artikel tentang apa kah yang paling mendapat sambutan oleh pembaca. Paling senang, tengok di sidebar blog ini. Popular Posts yang duduk di tangga teratas tu tentang apa?
Jawapannya mudah. Cinta dan remaja tidak boleh dipisahkan.Dan majoriti pengguna Internet adalah remaja. Lihat bagaimana terfaktab walaupun secara surface nya kita lihat artikel-artikel yang dikeluarkan adalah mengenai perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan, tetapi penulis-penulisnya bijak menyelitkan subliminal message yang membawa kepada penemuan Tuhan. Jika dilihat lebih teliti , slot remaja dan cinta di Iluvislam mendapat hits terbanyak berbanding slot-slot lain, malahan ketika laman web itu mula bertatih suatu ketika dahulu, artikel-artikel tentang cinta lah yang membawa kepada perkembangannya sehingga menjadi one of the popular Islamic websites in Malaysia,if not in the whole world.
Benar, tersangatlah benar bahawa remaja harus memberi perhatian kepada perkara lain yang jauh lebih penting dalam perjuangan yang tidak berkesudahan ini. Ilmu,akhlak,fikrah , banyak lagi perkara besar yang tidak terurus oleh diri. Tidak dapat dinafikan. Tetapi,fikirkan adakah kita perlu terus mengalunkan rentak yang sama jika sudah jelas bahawa rima itu tidak disukai pendengar?. Fleksibiliti dan adaptation, kita belajar.
Bandingkan dua kenyataan ini:
1. Jauhilah dari zina. Jika tidak adik hanya akan mengundang murka Allah dan mendapatkan seksaan yang tidak kunjung sudah di hari pembalasan nanti. Inginkah adik-adik menjadi orang yang rugi? Ketahuilah bahawa orang yang berzina itu akan dibakar dengan api yang berkali-kali ganda panas daripada api di dunia ini jika adik tidak bertaubat.
2. Adik,adik tahu tak? Dengan mendekati zina, adik sebenarnya telah mengabaikan Dia yang paling mencintai adik dari segala yang lain. Dia yang mendambakan suara adik memohon pengampunannya. Dia yang sentiasa memberi peluang kedua kepada adik walaupun berjuta kali adik curang kepadanya. Dia yang bagi setiap langkah adik mendekatinya, seribu langkah lagi dia cuba mendekati adik. Dia yang kasih sayangnya lebih besar daripada kemurkaanya. Dia cemburu dik. Dia cemburu melihat ruang di hati adik lebih banyak untuk orang ketiga. Cemburu apabila melihat adik sanggup membelakangi Dia yang sebenarnya lebih tahu tentang fitrah adik daripada adik sendiri.
Fikir-fikirkan.
Cinta dapat mencairkan remaja.
Cinta dapat menjadikan hati sekeras batu kepada jiwa selembut air.
Cinta adalah hidup orang muda.
CONCLUSION
cehh.macam karangan la plak.
so people, please stop this so-called matchmaking this person or another.Or if you must do it,just do it in your head and don't spread it. believe me,the repercussions are greater than its joy.Imagine the situation of the people affected.Heart , love and soul issue is not simple thing.It will make their life turns upside down.
and another thing that needs to be highlighted is that, ALL the BLOG ENTRIES does not NECESSARILY be the AUTHOR'S EXPERIENCE.
and IF YOU MUST STALK, keep it by yourself only, okay SS?
Hilangkan haus dengan air , bukan dengan minyak,
Serulah dengan Bahasa Cinta,
Call them to you with The Language of Love.
Tak Setuju?
Hit me on the Comments Section (You can use your FB acc)
No comments:
Post a Comment